Monday, September 19, 2011

Filem Hantu Bonceng Mempersendakan Kalimah Syahadah

Assalammualaikum...dan salam Sejahtera...
Rasa terkilan dan geramyang amat bila terbaca artikal yang mengatakan Filem Hantu Bonceng...mempersendakan islam amnya. Dah tengok lah juga filem nie...tapi sebab dah malam...macam perasan ngan tak perasan ajer...part2 yang sensitif tu. 


Menurut pengarahnya Ahmad Idham, "meskipun filem tersebut mengetengahkan komedi ringan namun masih diselitkan mesej berguna di dalamnya. Antaranya usahlah dipercayai kepercayaan karut iaitu mempercayai bomoh atau seangkatannya untuk menghalau roh mahupun hantu. Sebaliknya kembali kepada asas agama untuk menemui jati diri serta menjauhi perkara-perkara yang terkutuk. Selain itu, dipaparkan juga keinsafan mat-mat rempit untuk meninggalkan aktiviti tidak bermoral itu" Petikan daripada www.murai.com.myhttp://www.murai.com.my/article/default.asp?article_id=10450&c=4&s=35.

Namun begitu pada pandangan saya,janganlah sampai mempersendakan Islam. contohnya dalam kalimah syahadah yang di baca oleh zizan. Saya nak selitkan dialog tu disini, takut macam tak betul nanti.
Untuk kepastian cubalah tengok dan hayati sendiri. Lepas tu buatlah keputusan sama ada apa yang diperkatakan sekarang betul atau tidak.

Sebagai umat islam sama-samalah kita menjaga kesucian kalimah-kalimah Islam dan hukum hakamnya.
Bagi anda,bagaimana pula?

Chitika