Nak beli telefon bimbit: set ORI, AP atau UW?
Set Original
Set original telefon bimbit dijual oleh pengedar berdaftar seperti Zitron, Avaxx, Thorus, Midlands, T-Choice dan First Mobile Group (FMG). Tuntutan waranti boleh dibuat di mana-mana sahaja pengedar di seluruh negara tanpa sebarang masalah. Waranti yang ditawarkan kepada pembeli adalah selama setahun untuk keseluruhan set termasuklah pengecas, bateri dan perkakas bebas tangan (handfree).
Pelekat hologram boleh dilihat pada bateri telefon bimbit dan bahagian tempat letak bateri sebagai tanda bahawa set telefon bimbit tersebut dijamin oleh waranti original, bukan AP atau UW. Contohnya, Thorus Technology untuk model Sony Ericsson dan simbol 9 untuk model Nokia.
Harga set original tefon bimbit lebih mahal berbanding set AP dan UW kerana jaminan waranti perlu dibayar bersama sebagai pakej pembelian.
Teknomasi menyarankan kepada saudara supaya memilih set original dengan membayar lebih untuk pembelian model telefon bimbit yang mahal-mahal, jenis menggelongsor (slide) dan boleh dilipat (clamshell). Hal ini kerana sebarang kerosakan dalam tempoh waranti boleh dituntut dengan senang hati.
Set AP (Approved Permit/Product)
Set ini dijual oleh penjual bebas dan tidak berdaftar. Produk yang dijual merupakan produk yang mendapat kelulusan, diimport dari luar negara dan dijual kepada pengguna. Nama-nama syarikat AP seperti Final Choice, CSL, Nefion, Telstra, GTMax dan lain-lain lagi menyediakan waranti untuk set AP. Tempoh masa waranti yang diperuntukkan telefon selama setahun manakala aksesori-aksesori yang lain selama sebulan. Harga yang ditawarkan lebih murah berbanding set original.
Walau bagaimanapun, set AP kurang dipercayai kerana model telefon bimbit yang dijual berkemungkinan tidak original, aksesori tidak mencukupi dan bahagian-bahagian tertentu ditukar ganti yang jenama yang lain seperti bateri.
Sebarang kerosakan yang dialami perlu dihantar semula ke kedai yang menjual atau syarikat AP untuk menuntut jaminan waranti. Sekiranya berlaku kerosakan major pada set AP yang dibeli, syarikat AP teraksa menghantar kepada pengedar sah kerana tidak mempunyai kelengkapan yang mencukupi.
Sekiranya telefon bimbit saudara terdapat logo Vodafone atau T-Mobile, ini bermakna telefon saudara berkemungkinan adalah berkunci (locked) dan tidak dapat digunakan. Hal ini kerana Vodafone dan T-Mobile merupakan operator perkhidmatan di United Kingdom. Begitu juga sekiranya terdapat logo M1, Singtel dan Starhub, ini bermakna telefon tersebut dari Singapura atau Vodafone.
Set Recon/Under Water
Set ini merupakan telefon terpakai yang diperolehi dari luar negara. Bekasnya ditukar (bukan bekas yang asal) dan berlaku ubahsuai dalaman sebelum dijual sebagai set AP. Dari aspek keselamatan, set ini tidak mendapat akreditasi Sirim dan kebarangkalian meletup sewaktu menggunakannya amat tinggi.
Kenal pasti set original atau AP?
Keluarkan bateri telefon bimbit daripada bekasnya.
Perhatikan pelekat hologram kerana terdapat simbol syarikat yang menyediakan waranti.
Tekan *#06# untuk semak 15 digit nombor siri IMEI telefon bimbit.
Banding beza antara IMEI di telefon bimbit dengan di kotak pakej.
Jika sama, originallah maknanya.
Lihat juga perbezaan harga-harga yang ditawarkan di laman seperti Mudah dan Lelong, Pusat Nokia, kedai-kedai ternama atau kedai di sekitar.
Cuba tanya pakej yang ditawarkan bersama set telefon bimbit tersebut kepada jurujual.
Saudara akan dapat membuat anggaran antara harga dan pakej sama ada original, AP atau UW.
Begitula sikit sebanyak info yang saya dapat untuk dikongsi dengan korang semua…Hope korang puas hati k...^_^
No comments:
Post a Comment