Saturday, March 26, 2011
Team Lotus bergelut
KUALA LUMPUR, (D5) - Team Lotus dilihat bakal menghadapi cabaran sukar pada perlumbaan pembukaan apabila kedua-dua pelumba mereka menghadapi kesulitan ketika beraksi pada saingan kelayakan Grand Prix Australia di Melbourne, hari ini.
Heikki Kovalainen yang mempunyai masalah pada bahagian sayap belakang dan tayar, akan bermula di petak 19 selepas mencatat 1 minit 29.254 saat.
"Sayangnya sayap belakang tersangkut sekaligus menghalang kelajuan sebenar. Kami juga bersusah payah apabila tayar turut mengalami masalah, "kata Kovalainen.
Sementara itu, rakan sepasukannya Jarno Trulli yang hanya mampu mencatat masa 1m 29.342s, menyatakan keyakinan untuk menebus kekecewaanya pada perlubaan esok.
"Kami pasti akan lebih pantas setelah masalah tayar diselesaikan. Saya turut percaya perlumbaan esok akan lebih baik," kata Trulli yang bakal memulakan perlumbaan di petak ke 20.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment