Sunday, November 13, 2011

Macam mana nak daftar ahli Tupperware?

Assalammualaikum semua....

Memang seronok dapat tengok katalog tupperware dari rakan-rakan. rasa nak simpan katalog tu dan bawa balik sebab boleh selak2 kat rumah sambil tengok tv. Sebelum saya menjadi consultan tupperware...saya beli dengan rakan kat tempat saya bekerja....bila oder barang...tak sabar rasanya nak dapat barang tu. Kalau boleh hari ini oder...esok nak barangnya. Tapi...yelah...saya fikir mungkin susah kawan saya tu nak dapatkan barang yang saya oder...so sabar ajerlah. Kadang-kadang 1 minggu..kadang-kadang 2 minggu..kadang-kadang sebulan. Bila Dah sebulan tunggu...dia kata stok dah habis...sedih dan kecewa saya. 

Oleh sebab itulah saya berusaha untuk mendaftarkan diri sebagai ahli tupperware. Saya masuk web tupperware dan hantar email...untuk register as a mamber. Sekarang saya dah menjadi ahli tupperware. Bukan saja menjadi ahli...saya ajak kawan-kawan mendaftar sebagai ahli juga. Jadi ahli, tidak semestinya kena berjual....beli untuk diri sendiri pun ok. Sekarang saya yang ambik oder kawan-kawan. Saya tak nak kawan-kawan jadi seperti saya...tunggu barang sampai berbulan-bulan. Setiap hujung minggu saya akan pergi ke stokis berhampiran dan ambil barang-barang yang kawan-kawan oder. Saya rasa seronok dan puas bila kawan-kawan dapat barangan tupperware mereka dengan cepat. Bayar...biasalah...mereka akan bayar bila gaji. Saya tak kisah...asalkan mereka bayar. Yang penting mereka gembira.

Ada juga yang bersuara.."kalau semua jadi ahli..siapa yang nak beli?". Saya kata "tak semestinya kita jadi ahli untuk berniaga. Jadi ahli boleh dapat diskaun 20%...dan boleh beli produk tupperware di mana2 stokis". Tapi ingat yer..kalau beli barangan tupperware di stokis...tanpa melalui upline...pastikan anda mendapat invoce yang tercatat nama dan ID anda.

Tapi kalau ada yang nak mendaftar dan nak berniaga pun lagi baik. Boleh juga mengembangkan bakat meniaga. Maklumlah berniaga niekan pekerjaan Nabi Muhammad. Sama seperti saya....sekarang saya mula meniaga tupperware....tak der lah nak kira untung sangat...asalkan apa yang saya beli terjual dan balik modal. kalau ada untung sikit...Alhamdulillah Rezeki.

Jadi saya menyeru kepada semua pengguna tupperware yang mungkin dah menggunakannya bertahun-tahun...daftarlah sebagai ahli tupperware.

Macam mana caranya?
Anda perlu emailkan kepada saya:
1. Salinan ic
2. Pekerjaan
3. Alamat surat menyurat terkini
4. No Telefon/hp
5. RM 60 - yuran pendaftaran 
(Boleh bank in ke akaun Maybank Rosnita Bolot:151052224609)


Untuk maklumat lanjut boleh call 013-7721649

 Untuk cuci mata dan pilih-pilih mana yang cantik...dan yang penting yang mana nak diguna untuk harian...boleh lawati facebook saya. Klik link di bawah yer.


http://www.facebook.com/media/set/?set=a.316804328333523.96664.100000118742788&type=3


Tupperware Bagi point atau cash?


Mungkin ada yang tertanya-tanya, macam mana sistem pangkat dalam MLM tupperware dan ganjaran yang diberikan kepada ahli dalam bentuk point atau cash?

Baiklah...saya akan ceritakan secara ringkas:
1) Consultan  
    - mendaftar saja sebagai ahli kita digelar sebagai consultan. Consultan berlu membuat
      pembelian sekurang-kurang RM150 untuk melayakkankan kita sebagai consultan yang sah.
   -  Anda akan mendapat discount sebanyak 20% dari harga runcit.


2) Star Consultan
   - Daftar 2 orang ahli di bawah anda dan anda akan naik dari consultan kepada star consultan.
   -  discount bertambah kepada 25%.

3) VIP Consultan
    - Recruit (daftarkan) 6 ahli baru di bawah anda. Jika ahli baru di daftarkan di bawah nama 
      downline anda pun boleh juga.
    - Untuk melayakkan anda menerima komisen dari setiap pembelian downline, anda perlu membuat 
       jualan RM 500 (harga runcit) setiap bulan.
    - Disc anda sama iaitu 25%.
    - Komisen akan diberi pada pada awal bulan berikutnya. Contoh untuk komisen jualan bulan januari, cek 
       akan di hantar pada awal bulan Feb.

* Semua ini anda perlu lakukan dalam tempoh sebulan dari tarikh anda mendaftar. Kenapa? 
  - Bagi mereka yang benar-benar hendak berjaya dalam perniagaan Tupperware ini...dia mesti buktikan 
       bahawa dia bersungguh-sungguh hendah berniaga dan berjaya. Itu yang semestinya ada dalam diri ahli 
       tersebut.

Pangkat seterusnya:

4) DIQ (Director-In-Qualification)
   -  Ini adalah peringkat percubaan sebelum ke pangkat Director.
   -  Tempoh : 3 bulan
   -  Anda perlu mempunyai 15 orang consultan yang aktif di bawah anda.
   -  Anda perlu membuat jualan peribadi sebanyak RM1500 (dalam tempoh 3 bulan)
   - Disc anda masih 25%.
   - Dalam kumpulan anda pula jumlah jualan hendaklah sekurang-kurangnya RM25000.
   - Dua bulan yang pertama jumlah jualan kumpulan anda tidakboleh kurang RM 4000.
   - Selepas 3 bulan dan andaberjaya melengkapkan cabaran ini...anda akan di promote untuk ke pangkat 
      seterusnya iaitu Director. 


  Baik....saya akan sambung semula untuk pangkat seterusnya pada masa akan datang... 
bye  

No comments:

Post a Comment

Chitika