Wednesday, March 30, 2011

Nak beli telefon bimbit: set ORI, AP atau UW?


Set Original
Set original telefon bimbit dijual oleh pengedar berdaftar seperti Zitron, Avaxx, Thorus, Midlands, T-Choice dan First Mobile Group (FMG). Tuntutan waranti boleh dibuat di mana-mana sahaja pengedar di seluruh negara tanpa sebarang masalah. Waranti yang ditawarkan kepada pembeli adalah selama setahun untuk keseluruhan set termasuklah pengecas, bateri dan perkakas bebas tangan (handfree).

Pelekat hologram boleh dilihat pada bateri telefon bimbit dan bahagian tempat letak bateri sebagai tanda bahawa set telefon bimbit tersebut dijamin oleh waranti original, bukan AP atau UW. Contohnya, Thorus Technology untuk model Sony Ericsson dan simbol 9 untuk model Nokia.
Harga set original tefon bimbit lebih mahal berbanding set AP dan UW kerana jaminan waranti perlu dibayar bersama sebagai pakej pembelian.

Teknomasi menyarankan kepada saudara supaya memilih set original dengan membayar lebih untuk pembelian model telefon bimbit yang mahal-mahal, jenis menggelongsor (slide) dan boleh dilipat (clamshell). Hal ini kerana sebarang kerosakan dalam tempoh waranti boleh dituntut dengan senang hati.

Set AP (Approved Permit/Product)
Set ini dijual oleh penjual bebas dan tidak berdaftar. Produk yang dijual merupakan produk yang mendapat kelulusan, diimport dari luar negara dan dijual kepada pengguna. Nama-nama syarikat AP seperti Final Choice, CSL, Nefion, Telstra, GTMax dan lain-lain lagi menyediakan waranti untuk set AP. Tempoh masa waranti yang diperuntukkan telefon selama setahun manakala aksesori-aksesori yang lain selama sebulan. Harga yang ditawarkan lebih murah berbanding set original.

Walau bagaimanapun, set AP kurang dipercayai kerana model telefon bimbit yang dijual berkemungkinan tidak original, aksesori tidak mencukupi dan bahagian-bahagian tertentu ditukar ganti yang jenama yang lain seperti bateri.

Sebarang kerosakan yang dialami perlu dihantar semula ke kedai yang menjual atau syarikat AP untuk menuntut jaminan waranti. Sekiranya berlaku kerosakan major pada set AP yang dibeli, syarikat AP teraksa menghantar kepada pengedar sah kerana tidak mempunyai kelengkapan yang mencukupi.

Sekiranya telefon bimbit saudara terdapat logo Vodafone atau T-Mobile, ini bermakna telefon saudara berkemungkinan adalah berkunci (locked) dan tidak dapat digunakan. Hal ini kerana Vodafone dan T-Mobile merupakan operator perkhidmatan di United Kingdom. Begitu juga sekiranya terdapat logo M1, Singtel dan Starhub, ini bermakna telefon tersebut dari Singapura atau Vodafone.

Set Recon/Under Water
Set ini merupakan telefon terpakai yang diperolehi dari luar negara. Bekasnya ditukar (bukan bekas yang asal) dan berlaku ubahsuai dalaman sebelum dijual sebagai set AP. Dari aspek keselamatan, set ini tidak mendapat akreditasi Sirim dan kebarangkalian meletup sewaktu menggunakannya amat tinggi.
Kenal pasti set original atau AP?


Keluarkan bateri telefon bimbit daripada bekasnya.
Perhatikan pelekat hologram kerana terdapat simbol syarikat yang menyediakan waranti.
Tekan *#06# untuk semak 15 digit nombor siri IMEI telefon bimbit.
Banding beza antara IMEI di telefon bimbit dengan di kotak pakej.
Jika sama, originallah maknanya.
Lihat juga perbezaan harga-harga yang ditawarkan di laman seperti Mudah dan Lelong, Pusat Nokia, kedai-kedai ternama atau kedai di sekitar.
Cuba tanya pakej yang ditawarkan bersama set telefon bimbit tersebut kepada jurujual.
Saudara akan dapat membuat anggaran antara harga dan pakej sama ada original, AP atau UW.

Begitula sikit sebanyak info yang saya dapat untuk dikongsi dengan korang semua…Hope korang puas hati k...^_^

e - F i l i n g 2 0 1 1



Tiap-tiap tahun mesti tak sempat nak buat e-filling tu. Bukannya aper...cuma malas nak g LHDN untuk ambik no pin. Baru-baru nie...sajer ajer masuk web LHDN....ader ruang tu menyatakan "boleh mohon no pin melalui e-mail". Wah....gembiralah saya...tak yah g LHDN...hantar ajer email boleh dapat no pin.

Saya pun hantar email beserta maklumat yang diperlukan pada 25 Mac 2011 jam 8.30 malam(hehehe...kalau nak g LHDN mesti dah tutup waktu nie. So...pada ari ini 29 Mac 2011 saya dah dapat no pin untuk login kali pertama.

Apa lagi...bila dah dapat no pin....bersemangat rasanyer nak isi e-filling tu.

Apa lagi....kawan-kawan semua...cepatlah lengkapkan e-filing tu sebelum tarikh tutup...nanti kena denda....

Kalau tak tau web LHDN tu klik ajer kat add nie https://e.hasil.gov.my/

TARIKH TUTUP: 30 APRIL 2011

Saturday, March 26, 2011

Team Lotus bergelut KUALA LUMPUR, (D5) - Team Lotus dilihat bakal menghadapi cabaran sukar pada perlumbaan pembukaan apabila kedua-dua pelumba mereka menghadapi kesulitan ketika beraksi pada saingan kelayakan Grand Prix Australia di Melbourne, hari ini. Heikki Kovalainen yang mempunyai masalah pada bahagian sayap belakang dan tayar, akan bermula di petak 19 selepas mencatat 1 minit 29.254 saat. "Sayangnya sayap belakang tersangkut sekaligus menghalang kelajuan sebenar. Kami juga bersusah payah apabila tayar turut mengalami masalah, "kata Kovalainen. Sementara itu, rakan sepasukannya Jarno Trulli yang hanya mampu mencatat masa 1m 29.342s, menyatakan keyakinan untuk menebus kekecewaanya pada perlubaan esok. "Kami pasti akan lebih pantas setelah masalah tayar diselesaikan. Saya turut percaya perlumbaan esok akan lebih baik," kata Trulli yang bakal memulakan perlumbaan di petak ke 20.

Friday, March 25, 2011

BETUL KE Kopi Railway Kluang TIDAK HALAL?


Sedang hangat diperkatakan di laman facebook, mendakwa kopi railway kluang tak halal.

Jabatan Agama Islam Johor (Jaij) melakukan pemeriksaan di premis ini dalam satu operasi bersepadu bersama Jabatan Kesihatan, Majlis Perbandaran Kluang dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) pada Januari lalu.

Ia berikutan pelbagai aduan orang ramai yang mendakwa terdapat penggunaan tulang babi dalam kopi yang dijual kepada pelanggan termasuk di kalangan umat Islam yang sering berkunjung ke premis ini.

Pengusaha premis ini memiliki kilang sendiri bagi memproses kopinya.

Pada 19 Januari lalu, sampel telah diambil untuk dihantar ke Jabatan Kimia bagi mengetahui kandungan sebenar kopi yang digunakan.

Untuk rekod, premis ini tidak memiliki sebarang pengesahan halal.

Pada 14 Mac lalu, keputusan ujian diserahkan Jabatan Kimia di mana antara lain menyebut terdapat kandungan gelatin babi pada bahan minuman itu.

Gelatin babi itu dikatakan digunakan bagi meningkatkan lemakpada kopi yang dijual. Patutlah sedap semacam jek.

Manakala terdapat kandungan alkohol dalam madu yang digunakan di premis itu.
Kopi yang mengandungi gelatin babi itu turut dihidangkan kepada pelanggan beragama Islam.

ADAKAH PERKARA INI TELAH BENAR-BENARDISAHKAN?
Apa responde anda semua?

Sunday, March 20, 2011

Shopping...Shopping...Shoping

Zaman sekarang memang seronok kalau pergi shopping. Banyak produk-produk yang menarik hati terutama kaum wanita seperti saya. Rasa nak beli semuanya. Time nie lah....nak guna kad kredit...al maklumlah kalau gi jalan-jalan sekarang tak boleh bawa cash bayak-banyak. So...bila dah guna kad kredit...macam-macamlah jawabnya yang disoppingkan. Kekadang barang yang bukan keperluan pun kita beli juga. 

 Untuk mengatasi masalah itu, saya sentiasa bersopping bersama suami. Suami saya yang lebih berhemah waktu berbelanja....duit cash pun saya tak pegang banyak. Jadi bila nak beli sesuatu barang tu kena fikir banyak kali sebab...malu nak mintak duit dengan suami. Itulah cara saya mengawal perbelanjaan. 

 Dalam isu ini kita kena sama-sama rasa bertanggungjawab, antara suami dan isteri. Supaya kewangan keluarga sentiasa dalam keadaan stabil. Betul Tak?

Wednesday, March 16, 2011

Petua Menjarakkan Anak


Saya ingin berkongsi dengan semua pembaca tentang cara untuk menjarakkan anak tanpa perlu mengambil pil perancang, IUD, implan dan sebagainya. Ianya adalah senama yang sangat sesuai untuk kesihatan wanita terutama ibu-ibu yang mementingkan kecantikan dalaman dan luaran. Sila rujuk gambar dan arahan berikut ye.

Petuanya ialah:

Duduk dengan tumit kanan dihimpit oleh tulang punggung kaki kiri dan naikkan kaki kiri ke atas peha kanan. Kemudian tekan lutut kaki kiri sehingga mencecah ke lantai. Secara automatik, tumit kanan akan menolak tulang punggung ke dalam. Ulangi cara tadi dengan kaki yang sebelah lagi. Selepas itu, duduk dengan kaki yang melunjur ke depan. Kedua-dua tangan menyentuh ibu jari kaki. Baca selawat sebanyak tiga kali.

Petua ini elok diamalkan selepas "bersama" dengan suami atau pun jika rajin, buat setiap hari selepas bangun daripada tidur.

Petua ini saya perolehi daripada kawan-kawan yang lebih berpengalaman dari saya. Saya harap ianya dapat membatu anda.

Chitika